1/2 jam yang mencemaskan

Ia bermula pada pukul 5ptg dimana saya menjemput Haziq dari taska dan terus ke kedai buku berhampiran untuk memfotostat dokumen. Haziq saya tinggalkan di dalam kereta dengan enjin terpasang dan saya menyuruhnya mengunci kereta dari dalam. Lebih kurang 15minit, saya keluar dari kedai dan mendapati Haziq telah tertidur di dalam kereta, sebelah seat pemandu. Mulanye saya fikir Haziq akan bangun sebab baru sekejap saja saya tinggalkan dia.
Saya mula jadi panik setelah mengetuk tingkap kereta berkali2 dan Haziq tak bangun2. Saya rasa Haziq tersangat2 keletihan sehingga tidak sedar akan bunyi ketukan tingkap. Saya akui kesilapan saya kerana tidak menurunkan tingkap sedikit ketika meninggalkan Haziq tadi. Saya menelefon suami tetapi suami sedang berada di PJ melawat bangunan. Saya menyuruhnya balik juga kerana hanya dia sahaja yg mempunyai kunci rumah untuk mengambil kunci kereta spare yg berada di rumah. Kunci rumah saya berada di dalam kereta yg terkunci. Adoii...
Dengan kudrat saya yg tak seberapa, saya menggegarkan kereta sekuat2 hati sambil tangan tak henti2 mengetuk2 tingkap kereta. Seorang wanita bersama2 anak kecilnya menghampiri dan bertanya kenapa serta turut memberi bantuan mengetuk2 tingkap kereta. Saya ke kedai bundle berhadapan dengan tempat saya parking kereta untuk meminta bantuan. Pekerja kedai itu membantu saya menggegarkan kereta dan kali ini kereta bergegar lebih kuat, mungkin tenaga lelaki lebih kuat. Haziq bergerak dan mengalih kedudukan tidur dari menelungkup ke mengiring menghadap kami di tingkap, namun mata masih tertutup tidak sedar. Saya menjerit2 memanggil namanya tetapi ia langsung tidak membantu.
Saya meminta pekerja kedai bundle itu memecahkan tingkap kereta namun dia memberi pendapat jangan pecahkan dulu. Dia menyuruh saya ke kedai servis kereta berhampiran untuk bertanya sekiranya ada cara lain untuk membuka kunci pintu kereta. Saya berlari ke kedai yg dimaksudkan. Seorang lelaki Cina pekerja kedai servis kereta itu mengikut saya ke kereta.
Tiba di kereta, saya mendapati ada 3 orang lelaki lain sudah mengerumuni kereta saya sambil menjerit2 mengejutkan Haziq di dalam kereta. Wanita tadipun masih ada untuk menolong mengetuk tingkap kereta. Setelah melihat2 keadaan keliling kereta, lelaki Cina pekerja kedai servis kereta itu berkata agak susah untuk membuka kunci kereta untuk jenis kereta saya itu. Saya tak memikirkan yang lain selain menyuruh mereka memecahkan tingkap kereta namun kesemua mereka agak keberatan untuk memecahkannya kerana yakin Haziq boleh bangun tidur sekejap lagi.
Kemudian datang seorang lagi lelaki berpakaian formal, mungkin baru pulang dari kerja, bertanya perihal kejadian. Dia terus mengetuk tingkap kereta saya menggunakan kunci keretanya. Dia berkata jika mengetuk dengan tangan bunyi yg keluar agak besar. Berlainan jika mengetuk dengan menggunakan besi seperti kunci, bunyinya agak halus dan lebih menyentuh pendengaran telinga. Lelaki2 lain tak henti2 menggegarkan kereta saya. Dan saya menjerit2 memanggil Haziq supaya bangun dari tidur lenanya. Kurang 5 minit kemudian, Haziq tersedar, membuka mata, terpisat2 dan terus duduk. Semua disitu bersorak kelegaan. Alhamdulillah..
Tapi semua masih belum berganjak dari kereta saya kerana Haziq kelihatan terpinga2 dan mamai. Dia seolah tak tahu apa yg perlu dibuat walaupun kami semua menjerit2 dari luar menyuruhnya membuka pintu. Dengan mata yg merah, dia meraba2 benda dalam kereta seperti pembuka pintu, suis pembuka tingkap, dashboard kereta, suis radio, stereng kereta dan kusyen tempat dia berbaring tadi. Dalam 5 minit kemudian, barulah dia sedar sepenuhnya dan membuka tingkap kereta. Ya Allah..
Saya tersangat berterima kasih kepada semua yg terlibat membantu saya; seorang wanita bersama anaknya, budak lelaki pekerja kedai bundle, lelaki Cina pekerja kedai servis kereta, 3 lelaki lain dan 1 lelaki yg mengetuk tingkap kereta saya dgn kuncinya. Mereka menasihatkan saya supaya lebih berhati2 selepas ini dan turut berpesan2 dengan yg lain. Saya pun masuk ke kereta dan bergerak pulang. Haziq masih blur lagi. Dia tak banyak cakap, hanya berkata yg dia mengantuk dan letih sangat.
Sementara itu, suami saya yg sedang bekerja, terus memohon untuk pulang atas alasan kecemasan. Dia memandu di kelajuan 120km sejam di lebuhraya yg sedang sesak dan turut melanggar lampu merah. Setelah mendengar suara saya yg cemas tadi, dia menghubungi beberapa jiran2 lelaki untuk datang memecahkan tingkap kereta saya. Namun belum sempat mereka datang dan belum sempat juga suami saya sampai, keadaan sudah pulih apabila Haziq sudah bangun dari tidurnya.
Peristiwa 1/2 jam yg mencemaskan ini memberi seribu pengajaran buat diri saya. Selepas ini saya tidak akan membiarkan Haziq di dalam kereta seorang diri lagi. Sekiranya terpaksa, saya akan pastikan kunci spare saya bawa bersama. Suami menasihatkan supaya menurunkan sedikit tingkap supaya udara luar boleh masuk dan tidak akan berlaku kesesakan pernafasan yg boleh membawa maut.
P/S- Sebelah malamnya, saya terus demam..

Anniversary @ Pangkor

Sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke-8 suami membawa kami bercuti di Pulau Pangkor. Kami pernah ke sini 2 tahun lepas tapi ketika itu saya mengikut suami bekerja di sana. Waktu itu kami tidak enjoy sepenuhnya disebabkan keadaan saya yang kurang sihat diserang gastrik teruk dan terbaring seharian di chalet. Kali ini kami ingin bercuti sepuas-puasnya sambil menghayati keindahan di seluruh Pangkor. Kami menyewa sebuah skuter bagi tujuan itu.
Haziq di tepi perkampungan nelayan di Teluk Dalam, Pangkor
Abah dan Haziq di jeti nelayan Teluk Dalam

Suasana cukup tenang dan mendamaikan

Kami di atas menara tinjau di Teluk Dalam

Di jeti ke Pangkor Island Beach Resort
Kami menginap di Pangkor Bayview Beach Resort, Teluk Nipah. Chalet nya ok laa.. setakat untuk keselesaan kami bertiga dan tempoh menginap yg singkat, saya rasa ianya berbaloi. Kedudukannya juga tidak jauh dari laut dan kedai-kedai makan. Yang penting Haziq suka sebab ada swimming pool.

Suasana di dalam chalet ketika menunggu saya bersiap untuk makan malam
Waktu malam, kami berjalan ke tepi laut untuk menikmati makanan laut segar. Terdapat banyak gerai-gerai makan di Teluk Nipah berbanding di Pasir Bogak. Berdasarkan pengalaman ketika ke Pangkor 2 tahun lepas, kali ini kami ambil keputusan untuk keluar makan awal sebaik sahaja selesai solat Maghrib. Ini kerana jika keluar lewat, gerai-gerai makan akan penuh kerana pada pandangan saya kebanyakan pengunjung akan bertumpu di Teluk Nipah kerana suasana di situ yg lebih meriah berbanding di tempat lain. Dan apabila gerai-gerai mulai penuh, makanan akan lambat sampai. Perut yang lapar pasti akan masuk angin. Kita pun akan mula naik marah menyebabkan mood bercuti akan terganggu betul tak?

Gembira kerana kami pelanggan pertama gerai ini

Makanan pun sampai cepat.. Seriusnya muka saya masa makan..hikhik!!
Lepas makan malam, kami berjalan-jalan di kedai menjual cenderamata dan t-shirt. Saya terlupa mengambil gambar waktu itu sebab sibuk mencuci mata di kedai-kedai tersebut. Sementara Haziq dan abahnya meronda-ronda menaiki skuter di sekitar kawasan itu.
Sewaktu sarapan pagi di gerai tepi pantai Teluk Nipah

Saya dan suami di pantai Teluk Nipah. Di belakang kami itu ialah Pulau Giam
Haziq merenung ombak-ombak laut. Pemandangan belakang ialah Pulau Mentagor
Di lobi hotel
Haziq melepas geram di pool sebelum meninggalkan Pangkor

Tiba masanya untuk pulang. Haziq di jeti Pangkor
Sementara menunggu suami pulangkan motor sewa
Bye-bye Pulau Pangkor..

GPS dan Tg Malim

Semalam saya ke Tanjung Malim untuk memenuhi undangan majlis perkahwinan adik ipar kepada Miza, officemate saya. Disamping itu kami ingin menguji alat GPS (Global Positioning System) yang baru dibeli oleh suami saya.

Haziq bersama alat GPS abahnya..


Kami gerak dari rumah pukul 11.30pg. Sampai di lokasi kenduri di Kg. Berop lebih kurang jam 12.40tgh. Oleh kerana saya merasa masih terlalu awal kerana dalam kad tertulis pengantin bersanding pada jam 2ptg, maka kami merayau-rayau dulu di sekitar pekan Tg Malim itu. Kami singgah minum di Kedai Pau Yik Mun yang terkenal di Tg. Malim.


Ini dia kedainya...

Dan inilah dia paunya.. Saye suka kacang merah, sedaaap..
Selepas lebih kurang sejam, kami menuju ke rumah pengantin untuk melihat pengantin bersanding. Kedudukan rumah-rumah kampung yang agak rapat dan lorong-lorong yang sempit menjadikan kereta-kereta tetamu bertembung dan berlaku kesesakan kecil. Maka kami terpaksa parking di tepi jalan besar dan berjalan kaki sikit ke dalam.

Kelihatan suami saya baru lepas lock kereta

Saya dan Haziq berjalan kaki. Haziq mengeluh penat..
Sampai je di rumah kenduri, kelihatan tetamu masih ramai hingga ada yang berdiri tidak dapat tempat duduk. Memang waktu itu waktu kemuncak. Pengantin pula sedang makan beradab dan sudahpun bersanding padahal ketika itu belum pukul 2 lagi. Mungkin pengantin datang awal dan terus saja bersanding. Miza pun melayan kami makan dan kami berbual-bual hingga saya terlupa mengambil gambar pengantin.


Saya bersama Areena, anak Miza yang ketiga, sungguh baik, diam aje..