Lawatan pihak Astro

Minggu lepas, pihak Astro telah membuat lawatan ke pejabat saya sempena Tahun Baru Cina. Mereka terdiri daripada pihak pengurusan atasan, staf2 bahagian pemasaran & promosi, pengacara program2 di Astro Wah Lai Toi dan penyampai radio dari stesen radio MY FM. Mereka mengadakan acara wajib yg dibuat pada setiap sambutan Tahun Baru Cina yg dinamakan "lou sang" iaitu menggaul sejenis salad cina dipanggil "yee sang" dan mengangkat setinggi yang boleh sebagai lambang tingginya kegembiraan & kemewahan yg akan dikecapi pada tahun baru.

Ini ialah kotak yg berisi buah limau yg dijadikan cenderahati untuk bos-bos kami sahaja.

Terdapat makanan2 lain yg turut dibawa oleh pihak Astro seperti donut, cup cakes, puff ayam & buah limau untuk dijamu kepada semua staf. Selain itu, pihak Astro juga mengagihkan sampul angpau Astro kepada semua staf. Saya pun turut menerimanya tapi saya telah berikan kepada kawan2 berbangsa cina yg lain kerana ada diantara mereka tidak dapat sampul tersebut.
Saya dan Mar berposing sambil memegang kotak buah limau dan angpau Astro.

Akhir sekali saya dan Sara bergambar kenangan dengan jejaka2 dari MY FM & Astro Wah Lai Toi yang mengenakan kostum tahun baru cina berbagai warna.

Ini adalah pengalaman kedua saya memakan "yee sang" sempena Tahun Baru Cina. Tahun lepas saya merasa buat pertama kali "yee sang" yg dihantar oleh pihak Hotel Sheraton ketika lawatan mereka ke pejabat kami. Pendapat saya, "yee sang" dari Hotel Sheraton lebih sedap berbanding yg dibawa oleh pihak Astro. Apa2 pun saya tetap enjoy pada hari itu!

Pengalaman menjaga anak Chickenpox

Hari Isnin (19/1/09) minggu lepas, selepas mengambil Haziq di taska, saya dapati tangannya ada bintik2 merah. Mulanya saya ingat kena gigit nyamuk sebab dia tergaru2, rupa2 nya setelah suami menyelak baju dan melihat ke seluruh badannya, memang sah Haziq terkena chickenpox apabila mendapati ada benjolan2 air dibadannya. Ini kali pertama Haziq dijangkiti chickenpox sejak dilahirkan. Bergegas husband membawa dia ke klinik. Doktor bagi ubat demam, anti-virus, batuk & calamine lotion (untuk disapukan di bahagian benjolan2 air tersebut).

Esoknya Selasa, saya tak hantar Haziq ke tadika & taska, sebaliknya saya hantar dia ke rumah mentua saya di Shah Alam. Saya tengok ada benjolan2 air yg baru keluar lebih banyak di badannya. Cepat2 saya menyapukan calamine lotion. Saya tak boleh mengambil cuti kerana sedang mengejar deadline untuk proses payroll, begitu juga husband yg kena attend meeting itu-ini. Nasib baik mentua saya ada. Kalau tidak, saya takde pilihan, terpaksa menghantar Haziq ke taska dan membiarkan kanak2 lain berjangkit. Suhu badan Haziq tak berapa panas dan dia bermain macam biasa di rumah neneknya pada hari tu. Cuma apabila menjelang senja, badannya panas semula dan terbatuk-batuk.

Hari Rabu pula, mentua saya beri Haziq minum air kelapa. Dan sama seperti semalamnya, badannya akan panas semula menjelang malam. Itu yg membuatkan kami risau. Tapi sebahagian kecil daripada benjolan2 air di badannya mula kering. Saya dan husband tak henti2 memberi dia makan ubat2 yg diberi oleh doktor walaupun ada ketikanya dia muntahkan kembali. Selera makan pun kurang di sebelah malam.

Saya sempat surf di internet tentang chickenpox :

"Though chickenpox is commonly regarded as a rite of passage for most children, there are some dangers we need to be aware of.

CHICKENPOX is regarded as a rite of passage for every child, but did you know that it can cause serious complications and make you susceptible to secondary infections later as an adult? Red rashes start popping up all over your child’s body. Within several days, these pimple-like bumps turn into liquid-filled blisters. Your child develops a fever, loses his appetite and becomes increasingly irritable. He is quarantined at home and misses his lessons at preschool.

The doctor cautions you to make sure your child does not scratch the rash (no matter how horribly itchy it gets) as scratching can cause a bacterial infection of the skin. In fact, the doctor surprises you when he mentions the possibility of other serious complications such as pneumonia or encephalitis (inflammation of the brain).

You have always considered chickenpox to be a very mild, common infection. After all, everyone gets infected at least once in a lifetime and they all recover fully, do they not? To make matters worse, these symptoms start appearing on your younger child too. You have no choice but to take leave from work to care for them. It is very stressful to have two sick children under your care, especially when you are now three months into your pregnancy" - POSITIVE PARENTING By Dr Zulkifli Ismail


Kerana risaukan keadaan Haziq, saya mohon cuti 2 hari untuk menjaganya. Pagi Khamis, saya lihat ruam2 merah pula yang keluar di badannya, mungkin kesan dari meminum air kelapa semalam. Kata orang tua2, itu adalah campak keladi yg mana akan keluar selepas minum air kelapa. Selepas mandi, saya sapukan lagi calamine lotion ke badannya. Kami sarapan Koko Crunch dengan susu, berselera sungguh nampaknya. Sebelum itu mentua sudah berpesan agar jangan beri dia makan telur kerana dikhuatiri gatal. Nasib baik Haziq mendengar nasihat saya. Saya masakkan sup fishball campur kobis dan kentang sebagai makanan tengahari. Di waktu ini saya lihat betapa kesungguhan dalam dirinya untuk sembuh dari chickenpox kerana Haziq memang tak suka makan sayur, tapi setelah saya kata jika makan sayur Haziq akan sembuh, maka dia makan kobis dengan banyak sekali. Alhamdulillah, satu pengajaran juga buat dirinya!

Petangnya, mak mentua saya datang menghantar air tangkal dari seorang ustazah untuk Haziq minum dan mandi. Ustazah tersebut berpesan supaya membancuh air tangkal itu bersama bedak sejuk dan sedikit serbuk kunyit lalu melumurkan ke seluruh badan Haziq untuk mengurangkan kegatalan dan mengeringkan benjolan2 air yg sudah meletup. Tanpa berlengah saya terus mengajak husband ke kedai mencari bedak sejuk. Saya melakukan apa yg disuruh dan Haziq tak membantah, mungkin kerana nak cepat sembuh.

Pagi Jumaat, saya teringat pesanan mama supaya mencari daun semambu untuk direbus dan digunakan sebagai air mandian orang2 yg kena chickenpox. Saya bertanya kepada mentua dan jiran sebelah dimana untuk dapatkan daun tersebut. Mentua saya yg berada di Melaka ketika itu telah membawa pulang daun tersebut kepada saya. Saya menyisihkan daun itu dari batangnya, basuh dan rebus sebelum memandikan Haziq dengan air rebusan daun tersebut.

Hari Sabtu, kami tak kemana-mana. Hanya duduk di rumah untuk memantau tahap kesihatan Haziq. Di luar hujan turun renyai2. Mentua saya pesan, jangan biarkan Haziq berhujan, keadaan akan jadi lagi teruk. Saya lihat parut chickenpox di badannya semakin mengecil dan kering. Cuma kegatalan masih ada. Seorang saudara memberi cadangan untuk menyapukan krim gamat supaya luka chickenpox tidak meninggalkan parut berlubang. Saya berjaya mendapatkan krim gamat tersebut di sebuah kedai jamu dan menyapukannya ke badan Haziq.

Hari ini, Rabu, Haziq kelihatan sihat. Dia tidak lagi demam mahupun batuk. Yg ada cuma luka2 kecil yg belum terkopek. Saya masih melumurkan badannya dengan bedak sejuk kerana dia kata kalau letak bedak sejuk, gatalnya akan kurang. Saya ikutkan saja asalkan dia sihat semula.

Inilah pengalaman saya menjaga Haziq selama hampir 1 minggu di rumah. Segalanya memerlukan kesabaran dan pengorbanan. Dari sini saya belajar bagaimana tingginya kesabaran seorang ibu untuk menjaga anaknya ketika sakit.