Sambutan harijadi pada Nov 08-Mac 09

Dah lama tak update blog saya ni. Saya selalu kesempitan masa. Inipun saya curi-curi update posting yg dah lama saya create tapi tersangkut separuh jalan...

Saya suka dengan sambutan harijadi. Bagi saya cukuplah dengan membeli sebuah kek, nyanyikan lagu selamat hari jadi, tiup lilin, potong dan makan kek. Tetapi lebih meriah kalau disambut beramai-ramai kan? Lebih-lebih lagi ada juadah tambahan untuk dimakan. Pasti kita akan enjoy dan lupa seketika masalah-masalah yg ada.


Sambutan ini ialah pada bulan November tahun lepas (2008). Ini merupakan majlis harijadi 3-in-1, dimana saya dan kedua-dua adik ipar dilahirkan dalam bulan November. Elis (t-shirt kuning) dan Elmee (t-shirt hitam) berkongsi tarikh lahir 19 November manakala saya pada 16 November. Turut berada dalam gambar ialah kedua-dua anak buah saya, Nuris & Nurin serta anak saya Haziq.





Ini adalah sambutan berbentuk "kejutan" buat suami saya pada pukul 12.30pagi 18 Disember 2008. Ketika itu suami sedang menghadiri mesyuarat JK penduduk Sg Buloh Country Resort di kawasan tempat tinggal kami sejak pukul 9 mlm. Saya telah membeli kek dan menyorokkannya dlm bonet kereta terlebih dahulu. Suami sudah berpesan sekiranya dia lewat maka disuruhnya kami tidur dahulu. Saya menutup semua lampu dan menunggu di dalam kegelapan. Nasib baikla Haziq belum mengantuk lagi dan sangat teruja untuk surprisekan abahnya.





Ini ialah sambutan harijadi pertama yg kami sambut pada setiap tahun baru. Ayah dilahirkan pada 3 Januari 1950 menjadikan umur ayah pada tahun ini 59 tahun. Sambutan ini dibuat di rumah ayah di Seremban. Mama memasak makaroni goreng dan sedikit juadah tambahan. Seperti biasa, keluarga makcik Awien akan menjadi "tetamu undangan wajib" pada setiap jamuan makan-makan yg dibuat di rumah mama & ayah. Gambar di atas diambil ketika ayah memotong kek harijadinya bersama-sama 3 orang cucunya Fahim, Danial dan Haziq.


Di bulan Februari pula, kami menyambut harijadi adik Anis yg ke-17 tahun, sweet seventeen!! Adik Anis adalah adik bongsu saya. Dia dilahirkan pada 2 Febuari 1992 sewaktu saya berada dalam Tingkatan 2. Di dalam gambar ini, adik dikelilingi anak-anak buahnya Danial, Haziq dan Fahim sewaktu memotong kek.

Ini pula sambutan 2-in-1 untuk kedua-dua adik ipar saya, Mareena dan Ipi. Mareena menyambut harijadinya pada 20 Febuari manakala Ipi pada 13 Febuari. Kanak-kanak 3 orang di dalam gambar seperti biasa menjadi penambah seri di setiap sambutan harijadi keluarga kami.

Tarikh 23 Mac 1976 adalah tarikh lahir kakak ipar saya yang saya panggil Kak Zura. Selalunya dia menyambutnya dengan keluarganya dan setiap tahun saya tidak lupa mengirimkan SMS ucapan harijadi dan membelikannya hadiah sebagai tanda ingatan dari saya.


Seterusnya ialah gambar ketika memenuhi undangan kawan pejabat saya, Kak Zu, yang meraikan harijadi anaknya Riana di Restoran KFC Kelana Jaya baru-baru ini.
Kami sekeluarga merakamkan kenangan bersama birthday girl, Riana, bersama-sama maskot KFC, Mr. Chicky

Haziq bersama kanak-kanak lain mengelilingi kek harijadi Riana yang berbentuk gaun Barbie.


Ini pula ketika sambutan harijadi Adeline yg pertama. Adeline adalah anak kepada Yan & Azman yang merupakan jiran di sebelah rumah saya. Majlis ini bertemakan Pinky Whity, jadi kebanyakan yang hadir mengenakan pakaian warna pink dan putih, termasuklah saya.


Saya juga telah memenuhi undangan seorang lagi kawan pejabat saya, Elmi, ke majlis harijadi anaknya, Rifdi Hakim yang pertama, di Setia Alam, Klang. Oleh kerana pada hari tersebut saya terpaksa menghadiri 2 kenduri kahwin di Beranang dan Sg Buloh, jadi saya tiba agak lewat di rumah Elmi. Walau bagaimanapun, saya tetap dilayan dengan baik oleh tuan rumah, Elmi & Rozai, yang turut mengadakan majlis doa selamat sempena kemasukan rumah baru mereka di Setia Alam tersebut. Tiada gambar yg dapat saya rakamkan di majlis tersebut.


Petang yang syahdu..

Satu petang di bulan Febuari 2009, keluarga sebelah lelaki telah datang ke rumah keluarga perempuan untuk membincangkan mengenai masa depan hubungan kedua-dua anak mereka yang telah mengikat tali pertunangan hampir 2 tahun lamanya.

Perbincangan tersebut mengambil masa lebih kurang 1 jam. Akhirnya sebulat suara, untuk kebaikan kedua-dua belah pihak, mereka mengambil keputusan untuk memutuskan ikatan pertunangan tersebut. Si gadis akur. Namun jauh disudut hatinya, terdapat sedikit kekecewaan. Mungkin kerana hubungan mesra yang telah dibina sekian lama dan diharap dapat membawa ke jinjang pelamin, tidak terlaksana. Tuhan menentukan.

Bagi pihak lelaki, terutama kedua ibubapa, merasa tersangat malu dengan keluarga si perempuan. Selama ini mereka meletakkan harapan yang tinggi untuk bermenantukan si gadis, kerana hati mereka juga sudah berkenan dengan pilihan si anak. Mungkin tiada jodoh mereka.

Ketika hendak meninggalkan rumah 'besan tak jadi' mereka, ibu si lelaki secara tidak sedar telah menitiskan airmata ketika si gadis menghulurkan tangan untuk bersalam dengannya. Pilu hatinya mengenangkan keputusan anak lelakinya mengakhiri hubungan dengan si gadis. Suasana menjadi syahdu seketika. Kelihatan si gadis juga tidak dapat menahan kesedihan. Juga ibunya sendiri, turut tersentuh hati melihat semua mengalirkan airmata.

Begitulah jodoh..walaupun sekian lama berkenalan dan telah mengikat tali pertunangan, namun jika itu bukan kehendakNya, maka segala yang dirancang tidak semestinya menjadi. Dan jangan pula kita menyalahkan takdir, kerana semua yang terjadi pasti ada rahmat disebaliknya.