1/2 jam yang mencemaskan

Ia bermula pada pukul 5ptg dimana saya menjemput Haziq dari taska dan terus ke kedai buku berhampiran untuk memfotostat dokumen. Haziq saya tinggalkan di dalam kereta dengan enjin terpasang dan saya menyuruhnya mengunci kereta dari dalam. Lebih kurang 15minit, saya keluar dari kedai dan mendapati Haziq telah tertidur di dalam kereta, sebelah seat pemandu. Mulanye saya fikir Haziq akan bangun sebab baru sekejap saja saya tinggalkan dia.
Saya mula jadi panik setelah mengetuk tingkap kereta berkali2 dan Haziq tak bangun2. Saya rasa Haziq tersangat2 keletihan sehingga tidak sedar akan bunyi ketukan tingkap. Saya akui kesilapan saya kerana tidak menurunkan tingkap sedikit ketika meninggalkan Haziq tadi. Saya menelefon suami tetapi suami sedang berada di PJ melawat bangunan. Saya menyuruhnya balik juga kerana hanya dia sahaja yg mempunyai kunci rumah untuk mengambil kunci kereta spare yg berada di rumah. Kunci rumah saya berada di dalam kereta yg terkunci. Adoii...
Dengan kudrat saya yg tak seberapa, saya menggegarkan kereta sekuat2 hati sambil tangan tak henti2 mengetuk2 tingkap kereta. Seorang wanita bersama2 anak kecilnya menghampiri dan bertanya kenapa serta turut memberi bantuan mengetuk2 tingkap kereta. Saya ke kedai bundle berhadapan dengan tempat saya parking kereta untuk meminta bantuan. Pekerja kedai itu membantu saya menggegarkan kereta dan kali ini kereta bergegar lebih kuat, mungkin tenaga lelaki lebih kuat. Haziq bergerak dan mengalih kedudukan tidur dari menelungkup ke mengiring menghadap kami di tingkap, namun mata masih tertutup tidak sedar. Saya menjerit2 memanggil namanya tetapi ia langsung tidak membantu.
Saya meminta pekerja kedai bundle itu memecahkan tingkap kereta namun dia memberi pendapat jangan pecahkan dulu. Dia menyuruh saya ke kedai servis kereta berhampiran untuk bertanya sekiranya ada cara lain untuk membuka kunci pintu kereta. Saya berlari ke kedai yg dimaksudkan. Seorang lelaki Cina pekerja kedai servis kereta itu mengikut saya ke kereta.
Tiba di kereta, saya mendapati ada 3 orang lelaki lain sudah mengerumuni kereta saya sambil menjerit2 mengejutkan Haziq di dalam kereta. Wanita tadipun masih ada untuk menolong mengetuk tingkap kereta. Setelah melihat2 keadaan keliling kereta, lelaki Cina pekerja kedai servis kereta itu berkata agak susah untuk membuka kunci kereta untuk jenis kereta saya itu. Saya tak memikirkan yang lain selain menyuruh mereka memecahkan tingkap kereta namun kesemua mereka agak keberatan untuk memecahkannya kerana yakin Haziq boleh bangun tidur sekejap lagi.
Kemudian datang seorang lagi lelaki berpakaian formal, mungkin baru pulang dari kerja, bertanya perihal kejadian. Dia terus mengetuk tingkap kereta saya menggunakan kunci keretanya. Dia berkata jika mengetuk dengan tangan bunyi yg keluar agak besar. Berlainan jika mengetuk dengan menggunakan besi seperti kunci, bunyinya agak halus dan lebih menyentuh pendengaran telinga. Lelaki2 lain tak henti2 menggegarkan kereta saya. Dan saya menjerit2 memanggil Haziq supaya bangun dari tidur lenanya. Kurang 5 minit kemudian, Haziq tersedar, membuka mata, terpisat2 dan terus duduk. Semua disitu bersorak kelegaan. Alhamdulillah..
Tapi semua masih belum berganjak dari kereta saya kerana Haziq kelihatan terpinga2 dan mamai. Dia seolah tak tahu apa yg perlu dibuat walaupun kami semua menjerit2 dari luar menyuruhnya membuka pintu. Dengan mata yg merah, dia meraba2 benda dalam kereta seperti pembuka pintu, suis pembuka tingkap, dashboard kereta, suis radio, stereng kereta dan kusyen tempat dia berbaring tadi. Dalam 5 minit kemudian, barulah dia sedar sepenuhnya dan membuka tingkap kereta. Ya Allah..
Saya tersangat berterima kasih kepada semua yg terlibat membantu saya; seorang wanita bersama anaknya, budak lelaki pekerja kedai bundle, lelaki Cina pekerja kedai servis kereta, 3 lelaki lain dan 1 lelaki yg mengetuk tingkap kereta saya dgn kuncinya. Mereka menasihatkan saya supaya lebih berhati2 selepas ini dan turut berpesan2 dengan yg lain. Saya pun masuk ke kereta dan bergerak pulang. Haziq masih blur lagi. Dia tak banyak cakap, hanya berkata yg dia mengantuk dan letih sangat.
Sementara itu, suami saya yg sedang bekerja, terus memohon untuk pulang atas alasan kecemasan. Dia memandu di kelajuan 120km sejam di lebuhraya yg sedang sesak dan turut melanggar lampu merah. Setelah mendengar suara saya yg cemas tadi, dia menghubungi beberapa jiran2 lelaki untuk datang memecahkan tingkap kereta saya. Namun belum sempat mereka datang dan belum sempat juga suami saya sampai, keadaan sudah pulih apabila Haziq sudah bangun dari tidurnya.
Peristiwa 1/2 jam yg mencemaskan ini memberi seribu pengajaran buat diri saya. Selepas ini saya tidak akan membiarkan Haziq di dalam kereta seorang diri lagi. Sekiranya terpaksa, saya akan pastikan kunci spare saya bawa bersama. Suami menasihatkan supaya menurunkan sedikit tingkap supaya udara luar boleh masuk dan tidak akan berlaku kesesakan pernafasan yg boleh membawa maut.
P/S- Sebelah malamnya, saya terus demam..