Majlis Perkahwinan Diyana

Belumpun setahun Bibik & Pakbik menerima menantu, Diyana pula mengikut jejak kakaknya, Wa, menaiki pelamin. Sila imbas entry saya Wedding di Melaka. Tarikh 21 Jun 09 yg lalu merupakan hari pernikahan Diyana, sepupu saya, bertempat di rumah keluarganya di Durian Tunggal, Melaka. Kali ini saya tidak dapat balik ke Melaka lebih awal kerana tuntutan kerja menyekat saya mengambil cuti, lebih-lebih lagi di waktu berhampiran dengan hari gaji.

Saya sampai di rumah Bibik lebih kurang jam 3.30ptg. Terdapat sedikit kesesakan di simpang masuk ke Durian Tunggal kerana pada hari yg sama juga telah diadakan Perlawanan Cup Prix anjuran Petronas di situ. Dan ini jugalah penyebab saya tidak dapat booking hotel berhampiran rumah Bibik iaitu di sekitar Ayer Keroh kerana kebanyakan hotel telah fully-book.

Saya tidak banyak membantu kali ini, mungkin kerana kebanyakan kerja-kerja dapur telahpun dibuat secara gotong-royong oleh segelintir saudara-mara yg telah pulang seawal hari Jumaat. Mama juga telah pulang awal untuk membantu adiknya (Bibik) dari segi memasak makanan, memberi nasihat, pandangan dan sebagainya.
Sebelah malam selepas Isyak, majlis pernikahan bermula. Dengan 2 kali lafaz, Diyana telah sah menjadi isteri kepada Nazrin. Selepas bergambar kenangan bersama keluarga, pengantin menyalin pakaian untuk acara bertandu pula. Saya difahamkan keluarga sebelah pihak lelaki yg menginginkan acara tersebut diadakan. Pengantin bertandu diiringi dengan paluan kompang dan percikan bunga api. Saya dapat merasakan situasi itu sungguh meriah sekali.
Keesokan harinya, majlis persandingan diadakan di Dewan MITC, Ayer Keroh. Sanak-saudara mengenakan pakaian serba merah, mengikut warna tema yg ditetapkan. Pengantin juga kelihatan berseri dengan persalinan merah menyala. Setelah bersanding, bergambar dan makan beradab, pengantin menukar pakaian ke persalinan moden berwarna hitam untuk acara memotong kek dan pemberian hadiah kepada saudara-mara yg membantu menjayakan majlis persandingan ini. Majlis kali ini berjalan dengan lebih baik. Bukan pula saya nak katakan majlis terdahulu tidak sempurna. Lumrah manusia, sentiasa melakukan kesilapan. Kita juga perlu belajar dari kesilapan tersebut, jangan biarkan ianya berulang kembali. Fakta ini juga saya jadikan pengajaran buat diri saya sendiri dalam menjalani kehidupan berkeluarga.

Seminggu selepas itu, pada 28 Jun 09 bersamaan harijadi abang saya Bang Mi yg ke-34thn, kami pergi menghantar pengantin di rumah pihak lelaki di Taman Melawati. Pengantin mengenakan persalinan merah jambu, warna yg agak lembut dari warna minggu lepas. Yg paling seronok, saya berpeluang makan di meja utama bersama pengantin..yey!! Pastinya lauk pauk lebih istimewa berbanding meja biasa, betul tak? Hahahaha..

Selamat Pengantin Baru buat Diyana & Nazrin. Semoga jodoh berpanjangan hingga ke akhir hayat. Lepas ni kami menunggu kenduri di rumah Maklong untuk majlis pertunangan Dalina pada awal Julai 2009 dan tak lupa juga jemputan Mak Uda untuk pertunangan Sabarina, dengar kata bulan September 2009. Insya Allah kami akan hadir..

AGM Koperasi

Bulan Jun 09 adalah bulan paling sibuk bagi suami saya. Ini kerana dia bertanggungjawab menguruskan segala persediaan menjelang AGM Koperasinya.


Bergambar bersama bosnya Datin Rudiah Arshad.
Sewaktu AGM berlangsung di Maktab Kerjasama Malaysia (MKM), PJ
Sementara itu, saya & Haziq pula menginap di sebuah hotel berdekatan dgn MKM. Suami yg sibuk menguruskan persediaan AGM bermalam di MKM sahaja.

Haziq melayan cerita Sifu & Tongga di bilik hotel.Selepas check-out, saya membawa Haziq ke playground kegemarannya di Giant Kelana Jaya dan kami 2 beranak menikmati makan tengahari di Food Court di situ.

Percubaan pertama membuat Fruit Tarts

Dah lama oven saya tak berusik. Tiba-tiba datang mood nak cuba buat fruit tart pulak. Saya dapatkan resepi menggunakan Google search. Senang, Google banyak membantu. Teringat zaman dulu-dulu ketika mama nak cuba resepi-resepi baru, terpaksa menyelak majalah-majalah lama atau menggunting sisipan dalam suratkhabar. Susah betul rasanya, kalau saya yg terpaksa begitu, alamatnya berkaratla oven saya tu...
Berbalik pada cerita fruit tarts, saya memulakan operasi sekitar jam 10mlm. Bahan-bahan telah saya sediakan sehari sebelumnya. Pertama sekali, saya membancuhkan bahan untuk membuat pastri atau 'mangkuk'nya terlebih dahulu.
Beginilah keadaan saya dan dapur yg agak berselerak. Adunan yg telah siap dimasukkan ke dalam acuan pastri. Siap untuk dibakar.
Sementara menunggu adunan dibakar, saya memasak adunan kastard pula.
Mestilah selalu dikacau supaya tidak berketul-ketul. Kacau sampai pekat dan likat.
Setelah siap adunan kastard, saya mencairkan coklat dengan kaedah double-boiler.
Malu!!!... Adunan pastri yg pertama gagal sebab sedikit hangus!! Mungkin saya menggunakan suhu yg agak tinggi. Namun setelah mengurangkan suhu, saya berjaya menghasilkan pastri yg putih melepak hahaha..
Setelah pastri sejuk, saya menyapukan coklat yg telah dicairkan tadi ke dalam pastri. Saya masukkan adunan ke dalam peti ais seketika untuk mengeraskan coklat.
Selepas itu, saya pancitkan sedikit adunan kastard ke atas coklat.
Kemudian, saya letakkan buah-buahan campuran ke atas krim kastard tadi. Akhir sekali, saya tuangkan sedikit instant jelly ke atas buah-buahan supaya buah-buahan nampak berkilat.
Saya masukkan pastri ke dalam paper cup supaya nampak lebih menarik. Gambar dibawah ialah pastri yg telah siap untuk dibawa ke Seremban untuk dirasakan kepada family saya. Walaupun masih banyak kekurangannya, tapi saya berpuas hati dengan percubaan pertama saya. Selepas ini saya nak cuba membuat Cheese Blueberry Tarts pula.

TUNGGUUU....!!!!

Haziq's birthday

Haziq, anak saya, telah menyambut hari lahirnya ke-6 tahun pada 25 Mei yg lalu. Saya menempahkan kek yg simple dengan hiasan kartun BEN-10 menggunakan piping jelly. Inilah rupa keknya. Sambutan dibuat di tadika tempat Haziq bersekolah. Saya telah menyiapkan 50 goodie bags untuk diberikan kepada kawan-kawannya. 2 minggu sebelum itu saya telah berbincang dengan guru-gurunya tentang bagaimana kebiasaan sambutan harijadi di tadika ini oleh ibubapa yg lain.Kelihatan cikgu Yati, guru bahasa Inggeris, sedang menyalakan lilin di atas kek harijadi Haziq dikelilingi oleh kawan-kawannya. Gambar-gambar ini diambil oleh cikgu-cikgu kerana saya menyerahkan kamera saya kepada mereka untuk mengambil gambar. Meniup lilin sambil diperhatikan kawan baiknya, Haikal Fauzi.Memotong kek dibantu oleh cikgu Yati.Haziq suka dengan kek itu, sedap katanya.Masa untuk mengagihkan goodie bag kepada kawan-kawannya.Nampaknya Haikal orang pertama yg dia nak bagi. Yelah kawan baikla katekan..hahaha..Gelagat semua kanak-kanak selepas dapat goodie bag..Ini keadaan diwaktu petang sewaktu menunggu saya & suami pulang dari kerja untuk menjemputnya. Itu diantara kawan-kawan baiknya Umai, Almy & Haikal HairuddinCute je semua kan..Ini pula saya masukkan gambar cupcakes pemberian jiran saya Yan, sempena harijadi Haziq. Yan menggunakan edible image Upin & Ipin sebagai hiasan cuppies nya.Terima kasih Auntie Yan & Uncle Man, tak lupa si comel Adeline!!