Semalam saya ke Tanjung Malim untuk memenuhi undangan majlis perkahwinan adik ipar kepada Miza, officemate saya. Disamping itu kami ingin menguji alat GPS (Global Positioning System) yang baru dibeli oleh suami saya.
Haziq bersama alat GPS abahnya..
Kami gerak dari rumah pukul 11.30pg. Sampai di lokasi kenduri di Kg. Berop lebih kurang jam 12.40tgh. Oleh kerana saya merasa masih terlalu awal kerana dalam kad tertulis pengantin bersanding pada jam 2ptg, maka kami merayau-rayau dulu di sekitar pekan Tg Malim itu. Kami singgah minum di Kedai Pau Yik Mun yang terkenal di Tg. Malim.
Ini dia kedainya...

Dan inilah dia paunya.. Saye suka kacang merah, sedaaap..
Selepas lebih kurang sejam, kami menuju ke rumah pengantin untuk melihat pengantin bersanding. Kedudukan rumah-rumah kampung yang agak rapat dan lorong-lorong yang sempit menjadikan kereta-kereta tetamu bertembung dan berlaku kesesakan kecil. Maka kami terpaksa parking di tepi jalan besar dan berjalan kaki sikit ke dalam.
Kelihatan suami saya baru lepas lock kereta

Saya dan Haziq berjalan kaki. Haziq mengeluh penat..
Sampai je di rumah kenduri, kelihatan tetamu masih ramai hingga ada yang berdiri tidak dapat tempat duduk. Memang waktu itu waktu kemuncak. Pengantin pula sedang makan beradab dan sudahpun bersanding padahal ketika itu belum pukul 2 lagi. Mungkin pengantin datang awal dan terus saja bersanding. Miza pun melayan kami makan dan kami berbual-bual hingga saya terlupa mengambil gambar pengantin.
Saya bersama Areena, anak Miza yang ketiga, sungguh baik, diam aje..
