Pengalaman ke Kuching, Sarawak

Penghujung April yang lalu, kami 3 beranak berpeluang pergi bercuti ke bumi kenyalang, Sarawak. Ini adalah pengalaman pertama kami menjejakkan kaki di Kepulauan Borneo. Kami tiba di Kuching International Airport (KIA) pada jam 10.35 pagi dan terus menaiki teksi ke Hotel Grand Margherita yang dahulunya dikenali sebagai Hotel Holiday Inn. Tambang teksi dari KIA ke hotel ini sebanyak RM22. Pemandu teksi yg berketurunan Cina sungguh ramah melayan kami berbual-bual. Dia juga tidak henti-henti memberi penerangan tentang keadaan di sekitar bandar Kuching. Setibanya kami di hotel, kami berehat seketika sebelum keluar menikmati makan tengahari di Plaza Tun Jugah. Di Plaza Tun Jugah, kami ke Food Court nya yg terletak di tingkat 3. Seperti yang diberitahu oleh kawan-kawan saya yg pernah ke Sarawak, kalau pergi ke Kuching tak sah kalau tak merasa Mee Kolok. Saya pun terus order Mee Kolok Goreng seperti gambar di bawah. Rasanya lebih kurang seperti maggie goreng mamak, cuma Mee Kolok digoreng dengan hirisan-hirisan daging bukannya ayam, udang atau sotong. Bersebelahan dengan hotel penginapan kami ialah pusat membeli-belah Sarawak Plaza. Kami hanya singgah di situ untuk menikmati makan malam di Restoran KFC.
Hari kedua kami menyewa kereta Proton Wira dengan bayaran RM150 untuk tempoh 1 setengah hari kerana kami dikehendaki memulangkan kereta tersebut pada tengahari keesokannya. Tempat pertama yg kami tuju ialah ke Kampung Budaya Sarawak yang terletak di Kg Santubong, di kaki Gunung Santubong.
Kami hanya bergambar sahaja di pintu masuk Kampung Budaya tersebut kerana bayaran masuk ialah RM60 seorang, bagi kami ianya mahal sangat. Walau bagaimanapun kami berpuas hati kerana berjaya sampai ke tempat itu setelah tersesat sedikit pada mulanya.

Kami singgah sebentar di bangunan Muzium Kuching dan menikmati pemandangan bandar Kuching dari atas bukit di mana terletaknya bangunan tersebut. Selepas itu, kami singgah di pasar di Jalan Satok, yg lebih dikenali dengan panggilan Pasar Satok tetapi oleh kerana waktu itu sudah petang, kebanyakan peniaga-peniaga telah mula berkemas-kemas untuk pulang. Mungkin saya menerima info yg salah dari pihak hotel kerana mereka memberitahu saya pasar tersebut dibuka dari tengahari hingga petang, pada hari Ahad sahaja. Namun kami sempat membeli sedikit cenderahati seperti pen, key-chain & fridge magnet di sebuah gerai yg juga sedang berkemas-kemas untuk pulang.

Akibat terlalu seronok berjalan, hanya pukul 3ptg kami makan tengahari di Restoran Khatulistiwa, yg berada di tepi Sg. Sarawak. Cuaca yg sangat panas di Kuching membuatkan kami cepat letih dan kehausan. Kami pulang ke hotel sebentar untuk mandi dan setelah berehat seketika, kami ke jeti untuk menaiki bot menyeberangi Sg. Sarawak.
Di seberang Sg. Sarawak ini terdapat banyak perkampungan dimana kebanyakannya adalah orang Melayu. Setelah melewati Kg. Boyan dengan berjalan kaki, kami akhirnya sampai ke Kg. Gersik dimana terletaknya kedai Kek Lapis Dayang Salhah yg cukup terkenal di sini dan juga Semenanjung Malaysia. Ia merupakan sebuah rumah yg telah diubahsuai menjadi sebuah kilang membuat kek lapis. Kami diberi layanan yg baik dan juga berpeluang merasa kek-kek mereka sebanyak mana yg kami suka seperti gambar di bawah. Atas kiriman kawan-kawan saya dan untuk dijadikan buah tangan untuk keluarga, saya telah berbelanja lebih kurang RM200 untuk membeli kek lapis ini. Bermacam-macam jenis kek lapis terdapat di sini hingga membuatkan saya susah membuat pilihan.

Saya teringat pesanan seorang kawan pejabat, Zulaiha, yg menyuruh saya merasa masakan seafood di Top Spot Food Court kerana tempat itu memang terkenal dengan masakan seafood yg sedap dan masih segar. Saya pun mengajak suami ke Taman Kereta dimana terletaknya Top Spot Food Court tersebut. Kami hanya mengorder 3 jenis lauk kerana tengahari tadi kami telah makan agak lewat jadi kekenyangan masih terasa. Kata Zulaiha memang betul, masakannya sungguh berlainan dan ikan serta udangnya memang fresh. Rasanya di Semenanjung belum ada kedai makan yg saya jumpa masakan seafoodnya sesedap di sini.

Bawal Goreng Sos Mangga
Ini pula sayur kegemaran orang Sarawak iaitu Midin Goreng Belacan
Butterprawn - kegemaran saya
Hari ketiga, hari untuk berangkat pulang. Flight kami pukul 3.20ptg. Sebelah pagi, setelah bersarapan di hotel, kami berjalan-jalan di tepi Sg. Sarawak dan singgah di Kuching Waterfront Bazaar membeli cenderahati tambahan dan juga ikan terubuk masin untuk diberikan kepada kedua-dua orang tua kami.
Haziq di tepi sebuah feri yg berlabuh di Sg. Sarawak
Kami merayau-rayau lagi di sekitar bandar Kuching dan mengambil gambar sebagai kenangan di sini.
Sebelum check-out hotel, kami membawa Haziq mandi di swimming pool untuk kali terakhir sebelum berangkat pulang. Kami berpuas hati dengan layanan mesra dan kemudahan-kemudahan yg terdapat di Hotel Grand Margherita ini.
Kami tiba di airport tepat pukul 1.30ptg. Selepas pulangkan kereta sewa, kami terus check-in dan menunggu di balai pelepasan. Terasa sayu seketika untuk pulang. Walaupun hanya 3 hari, kami amat seronok kerana dapat menjejakkan kaki di bumi kenyalang ini...

Hari Guru 2009

Semasa saya bergelar pelajar, saya tak pernah membelikan hadiah untuk guru-guru saya ketika sambutan Hari Guru. Entah kenapa saya pun tak tahu. Seingat saya hanya ketika di Tingkatan 5, saya memberikan kad Selamat Hari Guru untuk cikgu kelas saya Puan Mazwin. Itu saja.

Tetapi lain pula situasi apabila sudah bergelar seorang ibu. Saya pula yang tidak sabar-sabar untuk membelikan hadiah untuk guru-guru kepada anak saya. Walaupun baru 6 tahun, namun melihatkan perkembangan yang baik pada anak saya membuatkan saya berasa teramat berterima kasih kepada guru-guru yang mengajarnya.

Hari Guru jatuh pada 16 Mei setiap tahun. Untuk tahun 2009, ianya jatuh pada hari Sabtu. Kebanyakan sekolah mengadakan sambutan Hari Guru pada hari Isnin berikutnya, iaitu 18 Mei 2009 tetapi di tadika anak saya iaitu Tadika Q-Gemilang mereka mengadakan sambutan itu pada hari Jumaat 22 Mei 2009.

Guru-guru telah memberi surat pemberitahuan pada ibubapa tentang sambutan Hari Guru tersebut. Ibubapa juga diminta menyumbangkan sedikit juadah untuk memeriahkan lagi majlis itu. Saya hanya sempat menyediakan sandwic sardin saja pada pagi itu. Itupun dalam keadaan tergesa-gesa kerana berkejar untuk ke pejabat pula.




Saya juga sempat menempah cupcakes ini dari jiran sebelah rumah saya, Yan, untuk diberikan kepada guru-guru Haziq. Sekiranya berminat dengan cuppies, brownies atau tartlets, silalah lawati Baby's Bakery untuk menjamu mata dan membuat tempahan.

Sebagai hadiah, saya telah pergi ke Pasar Budaya KL untuk menempah mug beserta tulisan dekorasi kreatif seperti di bawah ini.
Close up tulisannya.
Untuk tidak nampak terlalu kosong, saya telah masukkan ke dalam mug tersebut coklat Cadbury Moments yang saya beli sewaktu ke Cadbury Warehouse Sale di Klang seminggu sebelumnya. Haziq kelihatan seronok dan teruja untuk memberikan mug-mug itu kepada cikgu-cikgunya. Saya amat berpuas hati apabila semua cikgu-cikgu Haziq gembira menerima hadiah tersebut.

Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru yang membaca blog saya ini, sekiranya ada. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan guru amat besar demi melahirkan generasi yang bijak pandai pada masa akan datang.

Sambutan harijadi pada Nov 08-Mac 09

Dah lama tak update blog saya ni. Saya selalu kesempitan masa. Inipun saya curi-curi update posting yg dah lama saya create tapi tersangkut separuh jalan...

Saya suka dengan sambutan harijadi. Bagi saya cukuplah dengan membeli sebuah kek, nyanyikan lagu selamat hari jadi, tiup lilin, potong dan makan kek. Tetapi lebih meriah kalau disambut beramai-ramai kan? Lebih-lebih lagi ada juadah tambahan untuk dimakan. Pasti kita akan enjoy dan lupa seketika masalah-masalah yg ada.


Sambutan ini ialah pada bulan November tahun lepas (2008). Ini merupakan majlis harijadi 3-in-1, dimana saya dan kedua-dua adik ipar dilahirkan dalam bulan November. Elis (t-shirt kuning) dan Elmee (t-shirt hitam) berkongsi tarikh lahir 19 November manakala saya pada 16 November. Turut berada dalam gambar ialah kedua-dua anak buah saya, Nuris & Nurin serta anak saya Haziq.





Ini adalah sambutan berbentuk "kejutan" buat suami saya pada pukul 12.30pagi 18 Disember 2008. Ketika itu suami sedang menghadiri mesyuarat JK penduduk Sg Buloh Country Resort di kawasan tempat tinggal kami sejak pukul 9 mlm. Saya telah membeli kek dan menyorokkannya dlm bonet kereta terlebih dahulu. Suami sudah berpesan sekiranya dia lewat maka disuruhnya kami tidur dahulu. Saya menutup semua lampu dan menunggu di dalam kegelapan. Nasib baikla Haziq belum mengantuk lagi dan sangat teruja untuk surprisekan abahnya.





Ini ialah sambutan harijadi pertama yg kami sambut pada setiap tahun baru. Ayah dilahirkan pada 3 Januari 1950 menjadikan umur ayah pada tahun ini 59 tahun. Sambutan ini dibuat di rumah ayah di Seremban. Mama memasak makaroni goreng dan sedikit juadah tambahan. Seperti biasa, keluarga makcik Awien akan menjadi "tetamu undangan wajib" pada setiap jamuan makan-makan yg dibuat di rumah mama & ayah. Gambar di atas diambil ketika ayah memotong kek harijadinya bersama-sama 3 orang cucunya Fahim, Danial dan Haziq.


Di bulan Februari pula, kami menyambut harijadi adik Anis yg ke-17 tahun, sweet seventeen!! Adik Anis adalah adik bongsu saya. Dia dilahirkan pada 2 Febuari 1992 sewaktu saya berada dalam Tingkatan 2. Di dalam gambar ini, adik dikelilingi anak-anak buahnya Danial, Haziq dan Fahim sewaktu memotong kek.

Ini pula sambutan 2-in-1 untuk kedua-dua adik ipar saya, Mareena dan Ipi. Mareena menyambut harijadinya pada 20 Febuari manakala Ipi pada 13 Febuari. Kanak-kanak 3 orang di dalam gambar seperti biasa menjadi penambah seri di setiap sambutan harijadi keluarga kami.

Tarikh 23 Mac 1976 adalah tarikh lahir kakak ipar saya yang saya panggil Kak Zura. Selalunya dia menyambutnya dengan keluarganya dan setiap tahun saya tidak lupa mengirimkan SMS ucapan harijadi dan membelikannya hadiah sebagai tanda ingatan dari saya.


Seterusnya ialah gambar ketika memenuhi undangan kawan pejabat saya, Kak Zu, yang meraikan harijadi anaknya Riana di Restoran KFC Kelana Jaya baru-baru ini.
Kami sekeluarga merakamkan kenangan bersama birthday girl, Riana, bersama-sama maskot KFC, Mr. Chicky

Haziq bersama kanak-kanak lain mengelilingi kek harijadi Riana yang berbentuk gaun Barbie.


Ini pula ketika sambutan harijadi Adeline yg pertama. Adeline adalah anak kepada Yan & Azman yang merupakan jiran di sebelah rumah saya. Majlis ini bertemakan Pinky Whity, jadi kebanyakan yang hadir mengenakan pakaian warna pink dan putih, termasuklah saya.


Saya juga telah memenuhi undangan seorang lagi kawan pejabat saya, Elmi, ke majlis harijadi anaknya, Rifdi Hakim yang pertama, di Setia Alam, Klang. Oleh kerana pada hari tersebut saya terpaksa menghadiri 2 kenduri kahwin di Beranang dan Sg Buloh, jadi saya tiba agak lewat di rumah Elmi. Walau bagaimanapun, saya tetap dilayan dengan baik oleh tuan rumah, Elmi & Rozai, yang turut mengadakan majlis doa selamat sempena kemasukan rumah baru mereka di Setia Alam tersebut. Tiada gambar yg dapat saya rakamkan di majlis tersebut.