Minggu lepas, pihak Astro telah membuat lawatan ke pejabat saya sempena Tahun Baru Cina. Mereka terdiri daripada pihak pengurusan atasan, staf2 bahagian pemasaran & promosi, pengacara program2 di Astro Wah Lai Toi dan penyampai radio dari stesen radio MY FM. Mereka mengadakan acara wajib yg dibuat pada setiap sambutan Tahun Baru Cina yg dinamakan "lou sang" iaitu menggaul sejenis salad cina dipanggil "yee sang" dan mengangkat setinggi yang boleh sebagai lambang tingginya kegembiraan & kemewahan yg akan dikecapi pada tahun baru.
Ini ialah kotak yg berisi buah limau yg dijadikan cenderahati untuk bos-bos kami sahaja.
Terdapat makanan2 lain yg turut dibawa oleh pihak Astro seperti donut, cup cakes, puff ayam & buah limau untuk dijamu kepada semua staf. 

Selain itu, pihak Astro juga mengagihkan sampul angpau Astro kepada semua staf. Saya pun turut menerimanya tapi saya telah berikan kepada kawan2 berbangsa cina yg lain kerana ada diantara mereka tidak dapat sampul tersebut.
Saya dan Mar berposing sambil memegang kotak buah limau dan angpau Astro.

Akhir sekali saya dan Sara bergambar kenangan dengan jejaka2 dari MY FM & Astro Wah Lai Toi yang mengenakan kostum tahun baru cina berbagai warna.
Ini adalah pengalaman kedua saya memakan "yee sang" sempena Tahun Baru Cina. Tahun lepas saya merasa buat pertama kali "yee sang" yg dihantar oleh pihak Hotel Sheraton ketika lawatan mereka ke pejabat kami. Pendapat saya, "yee sang" dari Hotel Sheraton lebih sedap berbanding yg dibawa oleh pihak Astro. Apa2 pun saya tetap enjoy pada hari itu!