Agar-agar Milo

Saye ni bile ke kedai bahan2 kek, membeli bagai tak hengat. Haa lepas tu, siapla projek nak bake itu, bake ini, konon. Kadang2 menjadik, kadang2 hangat2 tahi ayam. Semalam duk kemas bahan2 buat kek dlm bekas tupperware yg saye beli kat Cik Wien saye tu, maka terjumpela 1 peket serbuk agar-agar yg dah nak hampir tarikh luputnye.

Kepala dh start fikir nk buat puding coklat sos laici yg mama selalu buat mase zaman saye remaja dulu. Sedappnyee.. Fikiran kembali teringat nostalgia sewaktu mule2 belajar buat puding tu dari mama. Ade mase terlembik, ade masenye berketul2. Macam2. Tapi lame2 saye dh terror. Bila mama tengok saya dah pandai buat, jadik sayalah yg menjadi tukang membuatnye bile mama rase nak makan puding tu.

Tapi kali ni saye tak buat puding tu sebab resepinye kat Seremban. Dah try tanye Miza adik saye, tapi dia tak simpan jugak. Takkan nk menyusahkan mama untuk carik. Takpelah, nanti blk Seremban saye try carik. Jangan dah hilang sudahla...kempunan aku!

Untuk mengubat hati (konon), saye terjah blogger ternama masak-memasak ni. Saye drop by kat blog ni, dan terjumpe resepi agar-agar milo ni. Nampak menarik dan senang. Saya decide nak try buat malam tu jugak. Inilah hasilnye..
Mule2 memang saye nak buat puding yg bersos, tapi takpelah. Saye buat yg ni dululah. Yg bersos later2 saye buat dan post kan kat sini ye. Untuk agar-agar ni, saye lebihkan milonye sebab saye suke rase coklat yg heavy. Sayekan peminat coklat..hehe..

Bosan

Uiiii dh lame tak update blog ni. Tiba-tiba pulak hadir mood nak menulis pagi ni.

Kat luar hujan. Perut dah start lapar dah ni. Jenguk dapur, ade sebuku roti Gardenia. Tp takde rase nak breakfast roti pulak hari ni. Boring, asik makan roti je pagi2. Selongkar kabinet, terjumpe spaghetti dah tinggal separuh bungkus. Hmmm..bukak blog Mat Gebu jap, kot2 ade resepi spaghetti yg senang-senang. Carik punye carik, at last saye jumpe resepi ni.

Terus selera saya terbuka. Tapi, barang2 banyak jugak yg takde. Alah, bantai ajelah. Selongkar freezer, jumpe sosej ayamas, haaa boleh gantikan meatloaf yg baru habis semlm buat sandwich. Capsicum pelbagai warna tu satu harampun takde. Yg ade tomato sebijik. Bolehlaa.. Saya tak berminat nak letak cili padi mcm MG buat tu, walaupun ade bendanye. Okeh, dh boleh buat. Belasah je. So inilah hasilnye..

Saye tambahkan keju cheddar parut sikit utk menambahkan rasa kekejuannye. Walaupun rupenye agak kurreng sebab takde warna-warni kehidupan gitu, tapi rasenye sedaap, untuk perut yg kelaparan waktu2 hujan ni, memang sungguh menyelerakan walaupun terpakse makan sorang2 huhu..

1/2 jam yang mencemaskan

Ia bermula pada pukul 5ptg dimana saya menjemput Haziq dari taska dan terus ke kedai buku berhampiran untuk memfotostat dokumen. Haziq saya tinggalkan di dalam kereta dengan enjin terpasang dan saya menyuruhnya mengunci kereta dari dalam. Lebih kurang 15minit, saya keluar dari kedai dan mendapati Haziq telah tertidur di dalam kereta, sebelah seat pemandu. Mulanye saya fikir Haziq akan bangun sebab baru sekejap saja saya tinggalkan dia.
Saya mula jadi panik setelah mengetuk tingkap kereta berkali2 dan Haziq tak bangun2. Saya rasa Haziq tersangat2 keletihan sehingga tidak sedar akan bunyi ketukan tingkap. Saya akui kesilapan saya kerana tidak menurunkan tingkap sedikit ketika meninggalkan Haziq tadi. Saya menelefon suami tetapi suami sedang berada di PJ melawat bangunan. Saya menyuruhnya balik juga kerana hanya dia sahaja yg mempunyai kunci rumah untuk mengambil kunci kereta spare yg berada di rumah. Kunci rumah saya berada di dalam kereta yg terkunci. Adoii...
Dengan kudrat saya yg tak seberapa, saya menggegarkan kereta sekuat2 hati sambil tangan tak henti2 mengetuk2 tingkap kereta. Seorang wanita bersama2 anak kecilnya menghampiri dan bertanya kenapa serta turut memberi bantuan mengetuk2 tingkap kereta. Saya ke kedai bundle berhadapan dengan tempat saya parking kereta untuk meminta bantuan. Pekerja kedai itu membantu saya menggegarkan kereta dan kali ini kereta bergegar lebih kuat, mungkin tenaga lelaki lebih kuat. Haziq bergerak dan mengalih kedudukan tidur dari menelungkup ke mengiring menghadap kami di tingkap, namun mata masih tertutup tidak sedar. Saya menjerit2 memanggil namanya tetapi ia langsung tidak membantu.
Saya meminta pekerja kedai bundle itu memecahkan tingkap kereta namun dia memberi pendapat jangan pecahkan dulu. Dia menyuruh saya ke kedai servis kereta berhampiran untuk bertanya sekiranya ada cara lain untuk membuka kunci pintu kereta. Saya berlari ke kedai yg dimaksudkan. Seorang lelaki Cina pekerja kedai servis kereta itu mengikut saya ke kereta.
Tiba di kereta, saya mendapati ada 3 orang lelaki lain sudah mengerumuni kereta saya sambil menjerit2 mengejutkan Haziq di dalam kereta. Wanita tadipun masih ada untuk menolong mengetuk tingkap kereta. Setelah melihat2 keadaan keliling kereta, lelaki Cina pekerja kedai servis kereta itu berkata agak susah untuk membuka kunci kereta untuk jenis kereta saya itu. Saya tak memikirkan yang lain selain menyuruh mereka memecahkan tingkap kereta namun kesemua mereka agak keberatan untuk memecahkannya kerana yakin Haziq boleh bangun tidur sekejap lagi.
Kemudian datang seorang lagi lelaki berpakaian formal, mungkin baru pulang dari kerja, bertanya perihal kejadian. Dia terus mengetuk tingkap kereta saya menggunakan kunci keretanya. Dia berkata jika mengetuk dengan tangan bunyi yg keluar agak besar. Berlainan jika mengetuk dengan menggunakan besi seperti kunci, bunyinya agak halus dan lebih menyentuh pendengaran telinga. Lelaki2 lain tak henti2 menggegarkan kereta saya. Dan saya menjerit2 memanggil Haziq supaya bangun dari tidur lenanya. Kurang 5 minit kemudian, Haziq tersedar, membuka mata, terpisat2 dan terus duduk. Semua disitu bersorak kelegaan. Alhamdulillah..
Tapi semua masih belum berganjak dari kereta saya kerana Haziq kelihatan terpinga2 dan mamai. Dia seolah tak tahu apa yg perlu dibuat walaupun kami semua menjerit2 dari luar menyuruhnya membuka pintu. Dengan mata yg merah, dia meraba2 benda dalam kereta seperti pembuka pintu, suis pembuka tingkap, dashboard kereta, suis radio, stereng kereta dan kusyen tempat dia berbaring tadi. Dalam 5 minit kemudian, barulah dia sedar sepenuhnya dan membuka tingkap kereta. Ya Allah..
Saya tersangat berterima kasih kepada semua yg terlibat membantu saya; seorang wanita bersama anaknya, budak lelaki pekerja kedai bundle, lelaki Cina pekerja kedai servis kereta, 3 lelaki lain dan 1 lelaki yg mengetuk tingkap kereta saya dgn kuncinya. Mereka menasihatkan saya supaya lebih berhati2 selepas ini dan turut berpesan2 dengan yg lain. Saya pun masuk ke kereta dan bergerak pulang. Haziq masih blur lagi. Dia tak banyak cakap, hanya berkata yg dia mengantuk dan letih sangat.
Sementara itu, suami saya yg sedang bekerja, terus memohon untuk pulang atas alasan kecemasan. Dia memandu di kelajuan 120km sejam di lebuhraya yg sedang sesak dan turut melanggar lampu merah. Setelah mendengar suara saya yg cemas tadi, dia menghubungi beberapa jiran2 lelaki untuk datang memecahkan tingkap kereta saya. Namun belum sempat mereka datang dan belum sempat juga suami saya sampai, keadaan sudah pulih apabila Haziq sudah bangun dari tidurnya.
Peristiwa 1/2 jam yg mencemaskan ini memberi seribu pengajaran buat diri saya. Selepas ini saya tidak akan membiarkan Haziq di dalam kereta seorang diri lagi. Sekiranya terpaksa, saya akan pastikan kunci spare saya bawa bersama. Suami menasihatkan supaya menurunkan sedikit tingkap supaya udara luar boleh masuk dan tidak akan berlaku kesesakan pernafasan yg boleh membawa maut.
P/S- Sebelah malamnya, saya terus demam..