Menang peraduan
Buat pertama kali dalam hidup saya, saya menang hadiah peraduan. Yeayy!!
Sungguh teruja apabila dapat sampul surat dari Petronas Dagangan dalam post box rumah saya ketika balik makan tengahari semalam.
"Tahniah! Anda telah memenangi wang tunai RM100,000" hehe bukan gitu ye sori saje buat gempak kejap. Sebenarnya RM100.00 je..huhu.. Tapi duit jugak kaaann!!
Syukur Alhamdulillah. Terus call suami. Menyatakan kegembiraan la konon. Bila dia tanye, "bila awak masuk peraduan tu?" errkk..saya kebingungan kejap. Eh ye tak ye jugak, bile aku hantar borang peraduan? Sebabnya saya selalu hantar banyak peraduan sebelum ini tapi tak pernahnye menang. Sampai satu tahap saya dah malas nak hantar peraduan2 lagi. Suami dah tergelak2 kat phone. Rupa2 nya dia yang selalu hantar peraduan Petronas tu sewaktu isi minyak di Petronas. Banyak borang yang dia isi, ada yang guna nama Haziq, nama saya dan nama dia sendiri. Tapi yang bertuahnya nama saya la..hihihi.. Gumbiraa!!
Terima kasih bang.. Nanti saya belanja ikan siakap 8 rasa okeh?
Pinjam duit
Operator2 di kilang tempat saye bekerja selalu mintak pinjam duit dari saye. Kalau tak kasi, kesian. Tapi kalau kasi, takut tak reti nak bayar. Memang setakat ni semuanya bayar balik kecuali yg seorang tu je. Tapi takpe jumlahnya pun tak banyak. Saya bagi peluang kat dia sampai hujung bulan ni.
Al-kisah tentang seorang lagi operator ni. Dia pekerja lama, kerja pun bagus cuma sejak akhir2 ni saya tengok dia selalu ponteng. Mungkin protes sebab company tarik balik elaun tanggungjawab dia kot. Baru-baru ni (1 minggu lepas dapat gaji) dia buat surat pada company untuk buat loan sebanyak RM200. Tujuannya untuk settle kan bil-bil elektrik rumahnya yg tertunggak. Lepas buat sikit discussion, big boss pun approve.
2 hari lepas dapat duit tu, dia call saya untuk pinjam duit lagi RM50. Saya tanya untuk bayar ape, kan hari tu baru dpt duit loan company? Dia kata untuk bayar bil Astro yg tertunggak, sebab nak tengok bola. Amboi senangnye hidup ye. Saya tak bagi. Saya kata saya lari bajet. Dengan nada kecewa dia kate takpelah. Petang tu berselisih dengan dia kat production area, buat2 tak nampak saye. Lantakla. Dengar cerita dia berjaya pinjam kat operator bangla.
Itu cerita minggu lepas. Hari ni dia SMS bos saya untuk pinjam duit lagi. Saya tak tau berapa. Katanya untuk kos perubatan anak dia yg sakit. Bos saya pulak, bile dengar bab anak, terus tak sampai hati. Bagi pinjam. Kami tak tau la alasan dia tu betul ke tak. Mungkin hanya untuk menagih simpati kami. Wallahu alam..
Melawat PD
Itu kenangan masa zaman otak separuh matang. Sekarang dah berkeluarga. Selalunya ke PD beramai-ramai samaada dengan family Seremban @ S. Alam. Selalunya waktu ada sambutan harijadi atau saja2 nak bawak family berehat. Ramai2 lagi seronok. Riuh. Terutama dengan adanya budak2 kan. Cukup untuk buat kita org dewasa ni terpekik2 bagi arahan itu-ini.
Tapi saya rasa lepas ni mungkin kami akan kerap ke PD. Sebab minggu lepas kedua2 adik kami melapor diri di PD. Adik saya Anis mendaftar di Politeknik PD dan adik ipar saya Elis kena pindah mengajar di Pusat Anak Permata Negara (PAPN) PD.
Saya tak dapat hantar adik (Anis) ke PD kerana pendaftaran pada hari bekerja - Isnin. Kalau hujung minggu mesti saya pergi punya. Tapi saya dah melawat Politeknik PD tu. Besar jugak. Terfikir saya, mesti penat adik nak berjalan kalau dapat kolej kediaman yang jauh. Macam saya dulu ketika belajar di ITM Segamat, Johor. Saya dapat kolej kediaman yang paling jauh sekali, dekat dengan hutan belantara pulak tu. Hishh.. Rupanya memang betulpun, adik ditempatkan di kolej kediaman yang paling jauh sekali kata mama. Kesian. Takpela dik, boleh kuruskan badan hehe.. Huh..takde maknenya, saya dulu badan makin dipam2 adela. Hihi.. Lebih2 lagi adik kata kolej dia tu dekat dengan kafeteria. Lagi hampeh..
Adik ipar saya pulak, Elis kena posting mengajar di PD jugak. Kata Elis itu lokasi kekal. Sebelum ni dia mengajar di PAPN Melaka. Jun 2009 dia ditawarkan kursus perguruan lepasan ijazah (KPLI) di UM Lembah Pantai selama 1 tahun. Dalam tempoh tu dia kena buat praktikal di PAPN Rembau selama 3 bulan. Dah genap setahun buat KPLI, dia akan mengajar semula di PAPN tetapi yang pasti bukan PAPN yang asal, namun dia tetap mohon untuk ke Melaka semula. Paling tidakpun ke Rembau. Tapi nak buat macamana tercampak ke PD pulak. Lokasi PAPNPD di Bagan Pinang. Saya tak pernah sampai ke kawasan itu selama ini. Kami meneman Elis ke rumah sewanya yang sedang dihuni 2 lagi pendidik PAPNPD. Kata Elis dah nasibnya menjadi perantau negeri orang. Nasib baikla tak jauh sangat.