Sejak akhir-akhir ni, saya dah jarang ke PD. Kalau pergi pun hanya bila bercuti dengan family saja. Tapi masa zaman remaja dulu lainla. Siap curik2 bawak motor ayah, pecut ke PD dengan kakak angkat saya Kak Maryani. Pegi tengahari balik petang. Selamba je.. Hehe sshhh..mama & ayah tak tau kot. Ampun..
Itu kenangan masa zaman otak separuh matang. Sekarang dah berkeluarga. Selalunya ke PD beramai-ramai samaada dengan family Seremban @ S. Alam. Selalunya waktu ada sambutan harijadi atau saja2 nak bawak family berehat. Ramai2 lagi seronok. Riuh. Terutama dengan adanya budak2 kan. Cukup untuk buat kita org dewasa ni terpekik2 bagi arahan itu-ini.
Tapi saya rasa lepas ni mungkin kami akan kerap ke PD. Sebab minggu lepas kedua2 adik kami melapor diri di PD. Adik saya Anis mendaftar di Politeknik PD dan adik ipar saya Elis kena pindah mengajar di Pusat Anak Permata Negara (PAPN) PD.
Saya tak dapat hantar adik (Anis) ke PD kerana pendaftaran pada hari bekerja - Isnin. Kalau hujung minggu mesti saya pergi punya. Tapi saya dah melawat Politeknik PD tu. Besar jugak. Terfikir saya, mesti penat adik nak berjalan kalau dapat kolej kediaman yang jauh. Macam saya dulu ketika belajar di ITM Segamat, Johor. Saya dapat kolej kediaman yang paling jauh sekali, dekat dengan hutan belantara pulak tu. Hishh.. Rupanya memang betulpun, adik ditempatkan di kolej kediaman yang paling jauh sekali kata mama. Kesian. Takpela dik, boleh kuruskan badan hehe.. Huh..takde maknenya, saya dulu badan makin dipam2 adela. Hihi.. Lebih2 lagi adik kata kolej dia tu dekat dengan kafeteria. Lagi hampeh..
Adik ipar saya pulak, Elis kena posting mengajar di PD jugak. Kata Elis itu lokasi kekal. Sebelum ni dia mengajar di PAPN Melaka. Jun 2009 dia ditawarkan kursus perguruan lepasan ijazah (KPLI) di UM Lembah Pantai selama 1 tahun. Dalam tempoh tu dia kena buat praktikal di PAPN Rembau selama 3 bulan. Dah genap setahun buat KPLI, dia akan mengajar semula di PAPN tetapi yang pasti bukan PAPN yang asal, namun dia tetap mohon untuk ke Melaka semula. Paling tidakpun ke Rembau. Tapi nak buat macamana tercampak ke PD pulak. Lokasi PAPNPD di Bagan Pinang. Saya tak pernah sampai ke kawasan itu selama ini. Kami meneman Elis ke rumah sewanya yang sedang dihuni 2 lagi pendidik PAPNPD. Kata Elis dah nasibnya menjadi perantau negeri orang. Nasib baikla tak jauh sangat.
Tatkala 3 tinggal 2..
Berkurang 1?
Huhu.. bila menjelang cuti sekolah, Haziq selalu mintak dihantar ke Shah Alam atau ke Seremban. Shah Alam rumah nenek Sema dan Seremban rumah nenek Ma. Kenapala nama atuk2 tak disebut dlm hal ni ye? Ape kes? Padahal rumah2 tu atuk2 la yg susah payah beli. Nenek jugak dapat nama. Itulah kelebihan wanita yetak?
Minggu lepas dah hantar dia ke Shah Alam. Minggu ni dia nak tinggal kat Seremban pulak. Tang kena tinggal kat Seremban ni yg saye lemah sikit. Walaupun 5hari aje, pun dah cukup utk membuatkan saye sunyi bile blk rumah. Yela dh biasa dengar suara dia. Bunyi mainan dia. Game dia. Citer katun favourite dia. Pertanyaan macam2 dia. Ketawa dia. Tapi semua tu takde bile dia balik Seremban. Sunyi betul.
Saya sentiasa berdoa memohon pada Allah agar dikurniakan anak lagi. Mungkin belum masanya lagi. Saya redha. Namun sebagai manusia, kadang2 saya lemah juga. Rasa rendah diri. Emo. Sensitif. Saya cuba tepis jauh2 perasaan itu. Saya tau saya sepatutnya bersyukur kerana dikurniakan Allah seorang anak yg cukup sifat. Alhamdulillah..
Cuma (nak jugak cuma tu..) kalau ada anak2 lain takla saya berasa terlalu sunyi begini kan?

Blog dah bersarang semut
Eh? dah 6 bulan jugak saye tak update blog ni ye? Hehe..
Ade kalanya malas. Ade kalanye rajin sesangat. So sekarang tgh rajin kot. Kebetulan bos cuti 1 minggu. Kerja semua dah beres. Lepak kejap bukak blog sarang semut ni. Nak luahkan apa yg ada dlm fikiran saya sekarang ni. Tentang kerjaya saya.
Di tempat kerja baru ni, saya byk mempelajari cara membuat keputusan sendiri. Berbanding tempat kerja lama, saya bergantung dgn org lain. Mungkin ini satu pembaharuan untuk peningkatan kerjaya saya. Jika dulu, saya tak boleh membuat sebarang keputusan. Semuanya perlu mendapat 'approval'. Tapi di sini, kebanyakan keputusan dibuat sendiri. Mungkin kerana ia sebuah organisasi yg kecil dan masih baru bertapak. Masih merangkak-rangkak.
Mungkin ada hikmahnya saya berada di sini. Memang saya pernah berangan untuk bekerja di sebuah organisasi yg gah dan mashyur, tersohor dan kukuh. Tapi saya tak boleh menolak rezeki. Apa yg ditawarkan, saya terima dengan hati terbuka. Niat hanya satu, mencari rezeki yg halal, semoga berkat.

Subscribe to:
Posts (Atom)