Huhu.. bila menjelang cuti sekolah, Haziq selalu mintak dihantar ke Shah Alam atau ke Seremban. Shah Alam rumah nenek Sema dan Seremban rumah nenek Ma. Kenapala nama atuk2 tak disebut dlm hal ni ye? Ape kes? Padahal rumah2 tu atuk2 la yg susah payah beli. Nenek jugak dapat nama. Itulah kelebihan wanita yetak?
Minggu lepas dah hantar dia ke Shah Alam. Minggu ni dia nak tinggal kat Seremban pulak. Tang kena tinggal kat Seremban ni yg saye lemah sikit. Walaupun 5hari aje, pun dah cukup utk membuatkan saye sunyi bile blk rumah. Yela dh biasa dengar suara dia. Bunyi mainan dia. Game dia. Citer katun favourite dia. Pertanyaan macam2 dia. Ketawa dia. Tapi semua tu takde bile dia balik Seremban. Sunyi betul.
Saya sentiasa berdoa memohon pada Allah agar dikurniakan anak lagi. Mungkin belum masanya lagi. Saya redha. Namun sebagai manusia, kadang2 saya lemah juga. Rasa rendah diri. Emo. Sensitif. Saya cuba tepis jauh2 perasaan itu. Saya tau saya sepatutnya bersyukur kerana dikurniakan Allah seorang anak yg cukup sifat. Alhamdulillah..
Cuma (nak jugak cuma tu..) kalau ada anak2 lain takla saya berasa terlalu sunyi begini kan?

