Deepa-Raya 2008

Semalam, 6/11/08, SMC membuat jamuan Deepa-Raya di parking lot depan bangunan pejabat kami. Jamuan tersebut diadakan agak lambat (raye pun dah habis) disebabkan kesibukan MD kami dgn bermacam2 urusan.

Inilah MD kami, sedang berucap sebelum jamuan dimulakan. Yg disebelahnye ialah bos saye.

Sara, saye, Pushpa, Nalina, Elmi & Marlinah


Sara & Peggy


Saye & Ivan

Sara & saye



Wif Elmi



Ini je makanannye? Haha ini hanyalah desert saje. Gambar makanan lain saye tak sempat snap sebab dah lapar sangat hihihi.. Menu kami nasi beriyani, kari ayam, ketupat, kari kambing, putu mayam, tosai, vegetarian choc moist cake & tartlets. Menu kali ini lebih ke arah sambutan Deepavali. Kehangatan Hari Raya dah tak terasa lagi.


Lepas makan, kami naik ke ofis, bergambar2 dulu sebelum balik..

Ini gambar bersama2 Kak Zu, Chew, Vasan & Kala


Dengan Pushpa - kebetulan same colour!


Wif Peggy

Lepas sesi tapau-menapau, kami pun balik!

Jamuan Raya @ PWTC

Lepas gerak dari majlis perkahwinan Wa dari Melaka, kami singgah di Restoran Jejantas Air Keroh untuk mandi2, solat dan bersiap2. Kami sampai di PWTC sekitar pukul 7.00pm, tengok di tepi2 jalan penuh kereta parking kiri-kanan. Kami park di Hentian Putra berdepan dgn PWTC, nasib baik tak jauh nak jalan.




Walaupun masih letih dengan kenduri kahwin siang harinye, kami gagahkan juga untuk menghadiri majlis ini. Nasib baik juga semuanya berjalan lancar, senang parking, makanpun sedap, dapat goodie bag lagi..yg tak bestnye, kami tak dapat cabutan nombor bertuah.
Memang tak bertuah agaknye..hahaha!!

Wedding di Melaka

Disebabkan kesibukan di ofis menjelang hujung tahun, saye sampai takde mase nak update blog. Bile dah bukak blogger, bos pulak dtg, bg keja, terus tutup balik, buat keja, langsung terlupa. Mcm nilah keadaan bile terpaksa mencuri-curi pakai internet ofis untuk kegunaan peribadi. Saye rase bukan saye seorang je yg begini, ramai lagi kawan2 yg ambil kesempatan mcm ni. Betul tak?
Pada 25hb Okt lalu, saya menghadiri majlis perkahwinan sepupu saye, Maisura @ Wa, di Melaka. Sehari sebelumnye, saye sudah berada di rumahnya di Durian Tunggal untuk menolong2 ape2 yg patut. Saye sempat merakamkan gambar2 Wa bertukar2 pakaian utk sesi fotografi.

Baju Bollywood

Baju Minang

Ini baju ape entah-Baju Jawa kot. Mase ini kami meminta Wa dtg ke dapur untuk bergambar dgn org2 dapur. Dlm gambar dari kiri - saye, Mama, Mokteh, Makcik, Busu Biah, Makndak & Wa.

Pada sebelah malamnye, Wa telah selamat dinikahkan dengan pasangannye Saifful.

Sebaik selamat melafazkan akad, kami terdengar bunyi mercun dibakar di luar rumah. Saya dapat tau keluarga pengantin lelaki yang sponsor mercun & bunga api tersebut.
Di dalam rumah, semua berebut nak bergambar termasukla si pengantin. Dlm gambar:- kedua mempelai, saye, Paklang, Syahira, Bahira, Busu Reena, Amalina, Ryaihan, Anis, Jun, Diyana, Makcik, Nekteh, Busu Ipi, Nurul, Iwan & babynye Adli Ikhwan.

Kat pelamin pulak!! Aduh, penat nak terangkan, orang yg same jugak dlm gambar tadi..



Waktu ni saye memfokus kepada Haziq yg mencelah di antara kaum keluarga yg sedang mengenakan bayaran "tol" kepada pengantin lelaki sewaktu majlis berinai besar.


My hubby..dia asyik ambil gambar orang tapi gambar dia takde siapa pun nak ambik..kesian..

Haziq menyibuk lagi..sedang perhatikan seorang ahli keluarga menepung tawar pengantin.

Tau dah..bile muke dah mcm ni saye tau dia dah start boring..


Keesokannya, majlis bersanding diadakan di Dewan Taming Sari, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). Ini antara gambar2 yg dapat saya rakam menggunakan kamera saya. Enjoy the pixs..



Majlis berjalan lancar kecuali ada sedikit masalah teknikal, mungkin kerana ini adalah pertama kali Bibik & Pakbik (panggilan saye kpd parents Wa) mengadakan kenduri kahwin. Walau bagaimanapun, kelihatan semua gembira & berpuas hati dengan majlis ini.
Hampir pukul 5.00ptg, saye & husband rushing ke KL pulak kerana terpaksa menghadiri satu makan malam hari raya anjuran pejabat husband saye di PWTC.
SELAMAT PENGANTIN BARU MAISURA & SAIFFUL!!