Lepas gerak dari majlis perkahwinan Wa dari Melaka, kami singgah di Restoran Jejantas Air Keroh untuk mandi2, solat dan bersiap2. Kami sampai di PWTC sekitar pukul 7.00pm, tengok di tepi2 jalan penuh kereta parking kiri-kanan. Kami park di Hentian Putra berdepan dgn PWTC, nasib baik tak jauh nak jalan.
Wedding di Melaka
Disebabkan kesibukan di ofis menjelang hujung tahun, saye sampai takde mase nak update blog. Bile dah bukak blogger, bos pulak dtg, bg keja, terus tutup balik, buat keja, langsung terlupa. Mcm nilah keadaan bile terpaksa mencuri-curi pakai internet ofis untuk kegunaan peribadi. Saye rase bukan saye seorang je yg begini, ramai lagi kawan2 yg ambil kesempatan mcm ni. Betul tak?
Pada 25hb Okt lalu, saya menghadiri majlis perkahwinan sepupu saye, Maisura @ Wa, di Melaka. Sehari sebelumnye, saye sudah berada di rumahnya di Durian Tunggal untuk menolong2 ape2 yg patut. Saye sempat merakamkan gambar2 Wa bertukar2 pakaian utk sesi fotografi.
Baju Bollywood
Baju Minang
Ini baju ape entah-Baju Jawa kot. Mase ini kami meminta Wa dtg ke dapur untuk bergambar dgn org2 dapur. Dlm gambar dari kiri - saye, Mama, Mokteh, Makcik, Busu Biah, Makndak & Wa.
Pada sebelah malamnye, Wa telah selamat dinikahkan dengan pasangannye Saifful.
Sebaik selamat melafazkan akad, kami terdengar bunyi mercun dibakar di luar rumah. Saya dapat tau keluarga pengantin lelaki yang sponsor mercun & bunga api tersebut.
Di dalam rumah, semua berebut nak bergambar termasukla si pengantin. Dlm gambar:- kedua mempelai, saye, Paklang, Syahira, Bahira, Busu Reena, Amalina, Ryaihan, Anis, Jun, Diyana, Makcik, Nekteh, Busu Ipi, Nurul, Iwan & babynye Adli Ikhwan.
Di dalam rumah, semua berebut nak bergambar termasukla si pengantin. Dlm gambar:- kedua mempelai, saye, Paklang, Syahira, Bahira, Busu Reena, Amalina, Ryaihan, Anis, Jun, Diyana, Makcik, Nekteh, Busu Ipi, Nurul, Iwan & babynye Adli Ikhwan.
Kat pelamin pulak!! Aduh, penat nak terangkan, orang yg same jugak dlm gambar tadi..
Waktu ni saye memfokus kepada Haziq yg mencelah di antara kaum keluarga yg sedang mengenakan bayaran "tol" kepada pengantin lelaki sewaktu majlis berinai besar.
My hubby..dia asyik ambil gambar orang tapi gambar dia takde siapa pun nak ambik..kesian..
Haziq menyibuk lagi..sedang perhatikan seorang ahli keluarga menepung tawar pengantin.
Tau dah..bile muke dah mcm ni saye tau dia dah start boring..
Keesokannya, majlis bersanding diadakan di Dewan Taming Sari, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). Ini antara gambar2 yg dapat saya rakam menggunakan kamera saya. Enjoy the pixs..










Majlis berjalan lancar kecuali ada sedikit masalah teknikal, mungkin kerana ini adalah pertama kali Bibik & Pakbik (panggilan saye kpd parents Wa) mengadakan kenduri kahwin. Walau bagaimanapun, kelihatan semua gembira & berpuas hati dengan majlis ini.
Hampir pukul 5.00ptg, saye & husband rushing ke KL pulak kerana terpaksa menghadiri satu makan malam hari raya anjuran pejabat husband saye di PWTC.
SELAMAT PENGANTIN BARU MAISURA & SAIFFUL!!
Petang hari raye
Oleh kerana thn ini giliran beraye di Shah Alam rmh family husband, maka petang raye saje baru saye dpt blk ke rmh parents di Coral Heights, Seremban. First thing yg kami lakukan sebaik saje sampai ialah bergambar dgn seluruh family..at last dpt jugak kami bergambar pd hari raye pertama tahun ini.
Itupun secara kebetulan kami dpt berkumpul bersama2 pd ptg raye tu. Saye, yg pd mulanya plan nk beraye di Jelebu(rmh wan sebelah ayah), terpaksa batalkan niat itu kerana tersangkut dlm traffic jam di Nilai & juga melihatkan keadaan Haziq yg muntah2 akibat demam virus. Kami decide blk terus ke Coral Heights. Mama, Ayah, Adik2 & family Bami pula baru smpai dr Jelebu, diorg ke sane sebaik selepas sembahyang raye. Bami thn ni beraye di Beranang, rmh mertuanye & blk ke Jelebu lps sembahyang raye.
Cuma saye sorg yg tak beraye di Jelebu. Takpelah, thn depan la nmpaknye..
Duduk atas kerusi :- Ayah-Hj Maarof & Mama-Hjh Marhamah
Duduk bawah :- Fahim, Danial & Haziq
Subscribe to:
Posts (Atom)
